Sabtu, 5 Mac 2011

Sejarah Mahsuri

Sejarah Mahsuri Berlaku Sekitar Tahun 1817 Hingga 1821, Namun Tarikh Sebenar Tidak Dapat Dipastikan. Negeri Kedah Ketika Itu Di Bawah Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II Dan Penghulu Langkawi Ialah Dato’ Pekerma Jaya.
Kisah Mahsuri Ialah Sejarah Bukan Lagenda,
Ini Diperakui Oleh Ramai Tokoh Sejarah Kedah, Bagaimanapun Peristiwa Itu Merupakan Cerita Lisan Rakyat, Hakikat Terdedah Kepada Unsur Tokok Tambah, Maka Kemasukan Unsur Mitos Dan Lagenda Tidak Dapat Dielakkan
. Inilah Telaga Yang Selalu Digunakan Oleh Mahsuri Untuk Kegiatan Harian. Kini Hanya Tingga Lagenda Dan Air Telaga Ini Tidak Pernah Kering Atau Kehabisan Walaupun Musim Kemarau. Setiap Pelancong Luar Mahu Tempatan Tidak Mahu Melepaskan Peluang Itu Untuk Merasai Air Telaga Mahsuri Ini Malah Para Pelancong Sanggup Membawa Botol Untuk Diisi Air Telaga Sebagai Tanda Buah Tangan Yang Dipesan Sanak Saudara.
Setelah Pulau Langkawi Musnah Oleh Serangan Siam Pada 1821, Penduduk Langkawi Sentiasa Hidup Dalam Ketakutan Dan Langkawi Tinggal Dalam Keadaan Mundur.

Peristiwa Pembunuhan Mahsuri Dengan
"Sumpah Padang Jarak Padang Terkukur
Selama 7 Keturunan" Dalam Konteks Sejarah. Sumpahan Itu Tidak Boleh Dijadikan Alasan Kepada Kemunduran Langkawi.

Bukan Sahaja Mitos Dan Lagenda Itu Bercanggah
Dengan Akidah, Malah Ada Faktor Lain Yang Lebih Logik Boleh Dikaitkan Dengan Kemunduran Itu.

Selain Daripada Lagenda Mahsuri, Langkawi Juga Turut        Terkenal
Dengan Lagenda-Lagenda Lain Seperti Kisah Telani 
Dan Telanai, Duyung Dan Bola Emas, Pulau Dayang Bunting, Lagenda Garuda,Lagenda Pertempuran Dua Gergasi Mat Raya    Dan Mat Cincang, Lagenda Beras Terbakar, Lagenda Pulau Cincin, Telaga Tujuh Dan Berbagai Lagi.

Lagenda-lagenda Inilah Yang Menjadikan Pulau Langkawi
 Bukan Sahaja Pulau Tarikan Pelancong Malah Kaya Dengan Lagendanya Yang Tersendiri..... Pulau Langkawi Telah Bukan Sahaja Pulau Tarikan Pelancong Malah Kaya Dengan Lagendanya Yang Tersendiri.....

Pengisytiharan Langkawi Sebagai Pulau Bebas Cukai
Pada Januari 1987, Merupakan Petanda Bahawa Langkawi Akan Terus Maju.


Hari Ini, Dengan Warganya Kira-Kira 155,262 Orang,
Pulau Langkawi Telah Diisytiharkan Sebagai Bandaraya Pelancongan’ Pada Tahun 2001, “Bandaraya Sejahtera” Pada Tahun 2002, "Langkawi GeoPark..."Pada Tahun 2007  "Permata Kedah Pada 2008".

1 ulasan:

  1. Sila dapatkan cacatan sejarah Mahsuri dari waris dalam cari.com.my dlm mitos dan sejarah.

    BalasPadam