Sabtu, 5 Mac 2011

Sejarah Langkawi

Pulau Langkawi Dalam Lagenda Dikatakan Tempat Tinggal Seekor Burung Garuda Yang Membinasakan Anak Raja Rom Kecuali Kapal Raja Merong Mahawangsa Ketika Itu Mendarat Di Tanah Besar Mencari Bekalan. Laksamana Cheng Ho Dalam Pelayarannya Ke Melaka (1405) Mencatatkan Kepulauan Langkawi Sebagai “Lang-Ya-Kiao-Yi”.

Asal-Usul Nama Langkawi Dikatakan Berasal Daripada
“Lang” Atau Burung Helang Dan “Kawi”  Sejenis Ubi Yang Bewarna Perang.

Di Dalam Buku Sejarah Melayu, Langkawi Dikaitkan Dengan Peristiwa Pembunuhan Tun Jana Khatib Oleh Paduka Seri Maharaja Iaitu Sultan Singapura Di Atas Tuduhan Menggoda Permaisuri Baginda. Setelah Dibunuh, Badannya Ghaib Dan Dikatakan Timbul Di Langkawi, Seperti Karangan Pantun Dibawah :-


“ Telor Itik Dari Singgora,
Pandan Terletak Di Langkawi,
Darahnya Titik Di Singapura,
Badannya Terlantar Di Langkawi “

Tahun 1621, Seorang Jeneral Perancis Yang Berkhidmat Dibawah Raja Louis XIV Yang Bernama Augustin De Beaulieu Mendarat Di Langkawi. Dalam Catatannya ;“ Pada 17 Ogos 1621 Saya Sampai Di Pulau Lanchui,Penduduk Pulau Menyebut
“Pulo Lancachuy” Dan Orang Acheh Pula Memberi Nama “Pulo Lada” Luasnya Lebih Kurang 12 Hingga 15 League (72 – 96 km).

Setengah Bahagian Penuh Dengan Gunung Ganang. Penduduk Ketika Itu Lebih Kurang 100 Orang. Tanah Subur Untuk Buah-Buahan, Padi Dan Ternakan. Lada Banyak Di Tanam Di Tanah Pamah.” Catatan Beliau Ini Dianggap Sebagai Sebuah Catatan Lengkap Mengenai Pulau Langkawi.

Pada Abad Ke 16 Dan 17 Masihi, Pelabuhan Ulu Melaka Agak Sibuk Dengan Urusan Perdagangan. Peristiwa serangan Acheh (1619), Langkawi Telah Dijadikan Sebagai Pengkalan Tentera Laut Kedah. Penghulu Yang Memerintah Langkawi Pada Ketika Itu Ialah Dato’ Pekerma Jaya.

Pembukaan Pulau Pinang Oleh Francis Light (1786) Telah Menyebabkan Pelabuhan Ulu Melaka Merosot Kerana Ramai Pedagang Telah Berpindah Ke Pulau Pinang. Keadaan Ekonomi Langkawi Bertambah Buruk Apabila Di Landa Kemarau Panjang Pada Awal 1810. Banyak Tanaman Tidak Menjadi Dan Ternakan Mati.


Sebagai Pengkalan Tentera Laut Kedah, Langkawi Telah Menjadi Sasaran Hebat Angkatan Tentera Laut Siam Dibawah Pimpinan Phya Bari Saknutorn Hingga Ke Kuala Kedah Pada 12 November 1821. Kerajaan British Melalui East India Company Telah Membantu Siam Memerangi Angkatan Tentara Kedah Kerana Kepentingan Ekonomi. Akhirnya Pada 1841, Kedah Terpaksa Tunduk Kepada Kerajaan Siam Dan Bersetuju Untuk Membayar Ufti Bunga Emas.

Akibat Serangan Siam Dan Inggeris Ke Atas Langkawi, Ramai Penduduk Langkawi Melarikan Diri Jauh Ke Kawasan Pendalaman Dan Ramai Menetap Di Kawasan Bukit Termasuk Berpindah Ke Sumatera, Perlis Dan Siam.

Kini Walaubagaimanapun Pengisytiharaan Langkawi Sebagai Pulau Pelabuhan Bebas Cukai Pada Januari, 1987 Dan Merupakan Petanda Bahawa Langkawi Akan Terus Maju. Hari Ini Dengan Warganya Kira-kira 155,262 Orang, Pulau Lagkawi Telah Diisytiharkan Sebagai
"BANDARAYA PELANCONGAN" Pada Tahun 2001 Dan "BANDARAYA BERSEJARAH" pada Tahun 2002, "LANGKAWI GEO PARK"
pada Tahun 2007,.LANGKAWI PERMATA KEDAH pada Tahun 2008 hinggalah kini..................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan