Rabu, 23 Mac 2011

Pentadbiran Pejabat Daerah Langkawi

Pejabat Daerah Langkawi Adalah Sebuah Agensi Yang Terpenting Dan Bertanggungjawab Merealisasikan Segala Program Atau Event Yang Kecil Mahupun Besar Yang Telah Diatur. Semenjak Kewujudannya Sehingga Sekarang, Pejabat Daerah Langkawi Ini Telah Ditadbirkan Oleh Seramai 31 Orang Pegawai Daerah.

"Encik Zakaria Bin Mohamad Daud" Adalah Merupakan Pegawai Daerah Yang Pertama Berkhidmat Di Daerah Ini.

Senarai Nama Pegawai Daerah Adalah Seperti Di Dalam Jadual Ini :-

Sebagai Pejabat Utama Di Daerah Ianya Menjadi Tumpuan Dari Pelbagai Sudut. Kedudukan Pentadbiran Pejabat Daerah Langkawi Dari Pulau Pelancongan Telah Menjadi Tarikan Kepada Pembesar-Pembesar Negara Dan Luar Negara Datang Ke Langkawi Saban Tahun Dan Di Tambah Pula Dengan Beberapa Event Yang Telah Menarik Lebih Ramai Pelancong Saban Tahun. Dalam Senario Yang Berlaku, Pentadbiran Ini Telah Terlibat Secara Langsung Dalam Menjayakan Segala Event Yang Telah Dirancang Dengan Sempurna Dan Teratur Dalam Peringkat Daerah, Negeri Mahupun Peringkat Persekutuan. Malah Pejabat Daerah Langkawi Juga Menjadi Tumpuan Pelajar-Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Bagi Membuat Praktikum Di Jabatan Ini Dimana Pelajar-Pelajar Ini Dapat Menimba Ilmu serta Pengalaman Yang Ada.

Dalam Daerah Langkawi Terdapat Lebih Kurang 75 Jabatan Dan Institusi Kerajaan Yang Mempunyai Peranan Dan Fungsi Yang Bertanggungjawab Dalam Mentadbir Dan Membangunkan Daerah Langkawi. Dimana Terdiri Beberapa Jawatankuasa Yang Diwujudkan Bagi Mempercepatkan Perlaksanaan Dasar Dan Rancangan Kerajaan. Jawatankuasa Tersebut Terbahagi Kepada Dua Iaitu:-

JAWATANKUASA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI


Jawatankuasa Pembangunan Daerah Langkawi
Jawatankuasa Keselamatan Daerah Langkawi
Jawatankuasa PPRT Daerah Langkawi
Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Langkawi
Jawatankuasa PEMADAM Daerah Langkawi
Jawatankuasa Rayuan Hari Pahlawan
Jawatankuasa Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Langkawi
Jawatankuasa Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Langkawi
Jawatankuasa Maal Hijrah Peringkat Daerah Langkawi
Jawatankuasa Majlis Keselamatan Jalanraya Daerah Langkawi
Jawatankuasa Rangkaian Warisan Daerah Langkawi
Jawatankuasa Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Daerah Langkawi
Jawatankuasa Rakan Sukan Daerah Langkawi
Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Daerah Langkawi
Jawatankuasa Penyelaras Le Tour De Langkawi
Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan
     Peringkat Langkawi
Jawatankuasa Perlesenan Dan Eksais Daerah
Jawatankuasa Pertandingan Kebersihan Dan Keindahan Kampung

JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI KEDAH

Jawatankuasa Majlis Pembangunan Negeri
Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri
Jawatankuasa Perancang Negeri
Jawatankuasa Keselamatan Negeri Kedah
Jawatankuasa Mesyuarat YDP Pihak Berkuasa Tempatan
Jawatankuasa Amanah Iktiar Malaysia
Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Kedah
Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Kedah
Jawatankuasa Pendokong Askar Wataniah Negeri Kedah
Pada Masa Kini (Mulai 01 JULAI, 2006) Pejabat Daerah Langkawi Diketuai Oleh:-

 

TUAN ABDUL AZIZ BIN ABDUL GHANI

(PEGAWAI DAERAH LANGKAWI)

Dan Dibantu Oleh 2 Orang Pegawai Atasan iaitu :-

ENCIK MOHD. SUBHI BIN ABDULLAH.,BCK.,
(KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN))

 
ENCIK MOHD. AZLEE BIN AHMAD
(PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PENTADBIRAN))
ENCIK MOHD. KHAIRI BIN MOHD. NOOR
(PENOLONG PEGAWAI TADBIR EKSEKUTIF (PENTADBIRAN/KEWANGAN))
Dan Juga Dibantu Oleh Seorang Ketua Pembantu Tadbir Yang Mana Beliau Bertindak Mengendalikan Hal-hal Berkaitan Pentadbiran Organisasi iaitu:-












ENCIK AZIZ BIN OSMAN
KETUA PEMBANTU TADBIR


Selain Itu, Dalam Daerah Langkawi Dibawah Pentadbiran Pejabat Daerah Langkawi Juga Telah Diwujudkan Jawatankuasa Untuk Setiap Mukim/Kampung Yang Dipengerusikan Oleh Penghulu Mukim. Dimana Terdapat 6 Mukim Yang Keahliannya Terdiri Daripada Pengerusi, Setiausaha Dan Ahli Jawatankuasa. Terdapat lebih kurang   81 Orang MKK iaiu Majlis Ketua Kampung/Komuniti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan