Isnin, 21 Mac 2011

Pengangkutan


Pengangkutan yang terdapat di Langkawi cukup memuaskan dimana Pulau Langkawi terkenal sebagai pusat pelancongan dan kini terkenal sebagai "LANGKAWI GEOPARK". Segala Kemudahan pengangkutan disediakan dengan harga yang memuaskan. Pelancong yang datang ke Pulau Langkawi tidak perlu risau kerana setiap penjuru di dalam daerah Langkawi ada tempat yang boleh untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK DATANG KE LANGKAWI


GAMBAR
CARA KE LANGKAWI

BAS EKSPRES


KERETA
Bagi Pelancong dari Utara Selatan boleh mendapatkan perkhidmatan Bas Ekspres iaitu dengan menaiki Bas Ekspres dari stesen berdekatan seperti dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis yang mengambil masa lebih kurang 6 @ 7 jam perjalanan. Dimana Bas Ekspres ini akan berhenti di Jetty Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Bagi yang ingin memandu sendiri dengan kereta untuk ke Langkawi,tempat menyimpan kereta juga disediakan yang berdekatan dengan jeti dan boleh mendapatkan tiket feri untuk ke Langkawi..

KERETAPI
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan yang selesa dan ekonomi. Perkhidmatan ini daripada Kuala Lumpur ke Alor Star dan Arau, Perlis. Dari Arau, Perlis bolehlah mendapatkan perkhidmatan teksi atau bas untuk ke Kuala Kedah atau ke Kuala Perlis. Di Jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah bolehlah mendapatkan tiket feri untuk ke Langkawi.
FERI SERVICES
Melalui jalan laut pelancong boleh mendapatkan perkhidmatan Ferry Services Express disediakan sepajang masa dari Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dan 45 minit. Perkhidmatan Feri dari Penang ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dalam 2 kali sehari manakala feri dari Satun (Thailand) ke Langkawi lebih kurang 1 jam 30 minit dalam 4 kali sehari.
UDARA
KAPAL TERBANG
Melalui jalan udara, Pualu Langkawi juga mempunyai pintu masuk iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi  yang terletak di Padang Matsirat iaitu 20km dari Kuah dan 8km dari hotel di Pantai Cenang.Perkhidmatan penerbangan udara iaitu Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Langkawi disediakan setiap hari dan Air Asia 5 kali seminggu.Manakala penerbangan Silk Air adalah sekali dalam seminggu dari Singapura ke Langkawi.Terdapat juga penerbangan antarabangsa terus dari London, Osaka dan Taipei ke Langkawi

Pengangkutan yang terdapat di Pulau Langkawi juga menarik kerana mempunyai pelbagai jenis dan bentuk kenderaan seperti:-

GAMBAR
JENIS KENDERAAN
GAMBAR
JENIS KENDERAAN
Produa Kancil
Boxer200cc
Nissan Serena
Kris Elegan
Proton Perdana
Elite 125
Van
Jaguh
Honda Stream
Kriss 120
Bas Ekspres
Basikal
Teksi
Basikal

1 ulasan:

  1. brape harga utk sewa bas utk 4hari 3 malam....
    utk pelajar form 6 yg seramai 64 org ??

    BalasPadam